Rara kecewa Wong Tack lawannya di Bentong

#PRU15

Rara kecewa Wong Tack lawannya di Bentong

Bakal calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, kecewa apabila penyandang Parlimen itu, Wong Tack, mahu menentangnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai calon Bebas.

Bagaimanapun, Young Syefura yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari itu berharap dapat bekerjasama dengan Wong Tack untuk mengekalkan kerusi itu pada PRU15.



“Memandangkan beliau wakil rakyat Bentong, saya ingin belajar daripadanya. Saya menghormati dia sebagai kawan dan rakan seperjuangan dalam DAP,” katanya kepada FMT.

Yong Syefura berkata, beliau juga menghormati keputusan Wong Tack untuk mempertahankan kerusi itu sebagai calon Bebas dan sudah menjangka perkara itu akan berlaku.

Petang semalam, Wong Tack mengisytiharkan beliau akan bertanding di Bentong sebagai calon Bebas selepas namanya digugurkan sebagai calon PH di kawasan itu.

Beliau mendakwa DAP memaklumkan kepadanya beliau tidak sesuai bertanding di Parlimen Bentong dengan ‘strategi besar’ parti itu untuk PRU15.



Wong Tack memenangi kerusi itu pada PRU14 selepas menewaskan Presiden MCA ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan lebih 2,000 undi.

Young Syefura berkata, cabaran terbesar dihadapinya kini bagi menangani kemungkinan berlaku pecah undi apabila Wong Tack memutuskan untuk mempertahankan kerusi itu.

Namun, beliau percaya rekod prestasi dan kerjanya sebagai ADUN Ketari akan meyakinkan pengundi untuk terus menyokongnya dan PH.

Katanya, beliau akan turun padang bagi memastikan pengundi mengetahui beliau kini calon PH mewakili DAP dan bukannya Wong Tack. BH



Rara kecewa Wong Tack lawannya di Bentong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker