Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan

Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan

Parit Buntar: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas terbabit pergaduhan dengan seorang lelaki dikenali di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Hudri Mohd Arshad, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 5 petang di mana mangsa berusia 47 tahun dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya susulan kejadian itu pihaknya yang menjalankan siasatan menahan seorang suspek berusia lingkungan 40-an yang juga penduduk tempatan.

“Berdasarkan siasatan awal, sewaktu kejadian, terdapat empat saksi yang juga penduduk setempat cuba meleraikan pergaduhan.

“Selepas dileraikan, mangsa dikatakan berjalan ke motosikalnya namun rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis juga tidak menemukan sebarang senjata tumpul atau tajam dan punca kematian masih dalam siasatan, “katanya ketika ditemui media.

Menurutnya, mayat mangsa akan di bawa ke Hospital Ipoh untuk proses bedah siasat.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tinjauan media di lokasi mendapati Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak tiba pada jam 8.55 malam dan difahamkan mayat mangsa akan dibedah siasat pada jam 9 pagi esok. HM

Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker