Pakatan Umno, PAS, Bersatu mampu ‘tamatkan’ karier politik Anwar di Tambun
#PRU15
Pakatan Umno, PAS, Bersatu mampu ‘tamatkan’ karier politik Anwar di Tambun
Umno, PAS dan Bersatu perlu membentuk pakatan pilihan raya di Tambun jika mahu melihat karier politik Anwar Ibrahim “tersungkur” di Parlimen berkenaan, kata seorang pemimpin PAS.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Parlimen Tambun dan dua DUN di bawahnya, iaitu Hulu Kinta dan Manjoi, boleh ditawan oleh parti Melayu jika Umno memberi laluan kepada Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu bertanding di Tambun, calon Umno bertanding di Hulu Kinta dan calon PAS di Manjoi.
Tambun ialah kubu kuat Barisan Nasional (BN), namun jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila Bersatu berada dalam gabungan PH ketika itu.
Bagaimanapun, Bersatu keluar daripada PH susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020.
Parlimen Tambun kini dipegang Bersatu, menerusi Faizal, sementara DUN Hulu Kinta dan DUN Manjoi milik PH.
Zuhdi berkata, dalam situasi semasa, setelah Bersatu meninggalkan PH, sokongan pengundi Melayu yang tinggal kepada PH di Parlimen Tambun hanya sekitar 10% sahaja.
“Lagi 90% sokongan pengundi Melayu dengan BN atau PN. Sokongan pengundi Melayu seperti ini, yang sebahagian besarnya tidak berpihak kepada PH, boleh menyebabkan Anwar tersungkur.
“Yang menjadi halangan terbesar untuk melihat Anwar tersungkur di Parlimen Tambun ialah sokongan pengundi Melayu terbahagi, sebahagian kepada Umno dan sebahagian lagi kepada Bersatu.
“Sebab itu, formula untuk memastikan Anwar tersungkur di Parlimen Tambun ialah pakatan pilihan raya (electoral pact) antara Umno, PAS dan Bersatu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, jika Anwar kalah di Tambun, ia juga akan menggagalkan usaha DAP untuk menjadikan Perak sebagai negeri keempat ditawan PH selepas Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.
“Perjalanan politik Anwar akan ternoktah dengan formula ini. Jika ini boleh berlaku, satu pertiga daripada punca krisis politik Malaysia yang tidak berkesudahan dapat dihilangkan,” tegasnya. FMT
Nota : Kalau PAS dan Bersatu mahu lihat Anwar kalah, jangan bertanding di Tambun.
Pakatan Umno, PAS, Bersatu mampu ‘tamatkan’ karier politik Anwar di Tambun
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
You must be logged in to post a comment.