Sindiket persundalan tawar khidmat melalui Telegram tumpas

Sindiket persundalan tawar khidmat melalui Telegram tumpas

Sindiket persundalan tawar khidmat melalui Telegram tumpas

Pelanggan akan membuat pembayaran secara dalam talian sebelum memperoleh maklumat hotel dan bilik dengan setiap perkhidmatan seks ditawarkan pada harga RM180 sejam.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan empat wanita warga asing kerana disyaki menawarkan kegiatan pelacuran menerusi aplikasi Telegram di sebuah hotel di Jalan Merdeka Permai, Ampang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak, berkata lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai pengurus kepada keempat-empat wanita berusia lingkungan 27 hingga 33 tahun yang menjalankan aktiviti pelacuran.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket itu beroperasi kira-kira sebulan lalu dengan menawarkan perkhidmatan pelacuran melalui aplikasi media sosial iaitu Telegram.

“Pelanggan akan membuat pembayaran secara dalam talian sebelum memperoleh maklumat hotel dan bilik dengan setiap perkhidmatan seks ditawarkan pada harga RM180 sejam.

“Semua suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan bawah Seksyen 372/372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta suspek lelaki tersebut dikenakan tindakan kompaun,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, turut dikenakan kompaun ialah pengurus hotel kerana melanggar SOP iaitu hotel serta tempat penginapan hanya dibenarkan bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan untuk tujuan pelancongan atau apa-apa aktiviti yang dilarang. FMT

Sindiket persundalan tawar khidmat melalui Telegram tumpas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Indonesia tutup aplikasi Michat sebab tawar khidmat seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker