Projek rumah Felcra yang dibatalkan PH diteruskan semula – Ismail
Projek rumah Felcra yang dibatalkan PH diteruskan semula – Ismail
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, projek perumahan Felcra di FGV Ladang Tembangau yang dibatalkan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan sebelum ini, kini akan diteruskan semula dalam usaha membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.
Beliau berkata, projek yang melibakan kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar itu diluluskan semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan beliau sendiri telah merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan.
“Saya dimaklumkan selepas projek dibatalkan, kerajaan negeri Pahang telah mengambil alih semula tanah kerana ia milik kerajaan negeri. Saya telah bertemu dengan Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) untuk bertanya jika projek itu hendak diteruskan semula, dan beliau akan pertimbangkan.
“Selain itu, saya juga telah bertemu dengan pihak Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) supaya mengambil alih projek itu dan mereka juga bersetuju untuk meneruskan projek perumahan berkenaan,” katanya semasa berucap di Program Moh Ngeteh Bersama Komuniti Gugusan Tambangau di FGV Ladang Tembangau 3 di sini hari ini.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut berkata, projek perumahan itu dilaksanakan bagi meringankan beban peserta Felcra memiliki rumah kerana bayaran boleh dibuat secara ansuran atau melalui pemotongan dividen.
Pada perkembangan berkaitan, beliau juga meminta supaya pihak pengurusan ladang dapat memberi sedikit kelonggaran kepada pekerja yang sudah berpencen supaya tidak perlu ‘segera’ keluar dari rumah pekerja yang disediakan.
“Saya percaya dalam masa dua, tiga bulan berpencen, susah untuk mereka mencari rumah baru. Saya harap pekerja yang berpencen ini boleh diberikan grace period, atau tempoh sementara untuk duduk mungkin dua atau tiga bulan sebelum dapat mencari rumah lain,” katanya. MG
Projek rumah Felcra yang dibatalkan PH diteruskan semula – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk
You must be logged in to post a comment.