Dulu pun Mahathir, Anwar, DAP pernah berkawan – Ismail

Dulu pun Mahathir, Anwar, DAP pernah berkawan – Ismail

Terpulang kepada Tun Mahathir Mohamad untuk ‘berkawan’ dengan siapa, kata Perdana Menteri.

“Terserlah pada dia (Mahathir). Nak berkawan dengan Anwar ke, DAP ke, nak berkawan dengan siapa ke, terserlah.



“Afterall dulu pun dia pernah berkawan. Hak dialah kan,” katanya.

Jawapan ringkas oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya kenyataan Mahathir untuk bekerjasama semula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lama lagi.

Dalam kenyataan semalam, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, beliau tidak kisah dituduh tidak tahu malu kerana bekerjasama dengan musuh politiknyacdemi untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mahathir berkata, kata-kata cerca bahawa beliau menjilat semula ludah kerana bekerjasama dengan Presiden PKR untuk mengalahkan UMNO dan BN tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.



Pengerusi Perjuang itu menegaskan, apa yang penting adalah untuk mencapai matlamat menyekat Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan BN daripada berkuasa semula selepas PRU-14.
Beliau mendakwa Najib, UMNO dan BN adalah “kejahatan” yang perlu ditewaskan.

“Kerana itu saya bersedia bertemu dengan Datuk Seri Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya.

Untuk rekod, sebelum ini Mahathir juga berkata partinya sedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. MG

Dulu pun Mahathir, Anwar, DAP pernah berkawan – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker