Umno tuntut i-Sinar, moratorium sekali lagi jika PKP penuh

Umno tuntut i-Sinar, moratorium sekali lagi jika PKP penuh

Pemuda Umno berharap kerajaan membenarkan pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 jika kerajaan ingin melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh ekoran penularan wabak Covid-19.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengemukakan tujuh prasyarat kepada kerajaan bagi pelaksanaan “total lockdown”.



“Bantuan khas kepada rakyat dikalangan B40 terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergaji tetap, bekerja sendiri atau tiada punca pendapatan.

“Kebenaran pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0,” katanya pada satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebooknya, hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan harus memanfaatkan Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi kewangan dan perbankan menawarkan Moratorium 2.0 selama tiga ke hingga enam bulan tanpa caj.

Asyraf juga turut menggesa kerajaan supaya tidak ada lagi dwi-standard dalam aspek penguatkuasaan mahupun pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sehingga wujud perbezaan tindakan terhadap golongan “kayangan” dengan “marhaen.”



Gesaan pelaksanaan PKP penuh disuarakan beberapa pihak berikutan peningkatan kes Covid-19 mendadak di seluruh negara.

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak antara yang menggesa kerajaan supaya melaksanakan PKP penuh.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pula menggesa kerajaan melaksanakan PKP secara penuh di seluruh negara sekurang-kurangnya bagi tempoh 21 hari.

Hari ini, Malaysia mencatatkan 6,806 kes baru berbanding 6,075 kes semalam dengan keseluruhan kes kumulatif jangkitan Covid-19 setakat ini 492,302 kes.



Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,277 kes, diikuti Kuala Lumpur 655 dan Johor 615.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, pelaksanaan ‘total lockdown’ perlu dikuatkuasakan dan lebih baik sengsara sekali berbanding memudaratkan rakyat dan negara.

“Daripada maklumbalas orang ramai, rata-rata setuju dengan gesaan Pemuda Umno supaya dibuat ‘total lockdown’ sebagaimana PKP 1.0 selama sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari,” katanya. Mk

Umno tuntut i-Sinar, moratorium sekali lagi jika PKP penuh


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET

Rasional Pengeluaran KWSP: Pendedahan Hujah dan Jawapan Saya Kepada Menteri Kewangan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker