Kami ‘underdog’ tapi boleh tumbangkan mereka

#PRU15

Kami ‘underdog’ tapi boleh tumbangkan mereka

Meskipun turun sebagai calon “underdog”, Umno Tambun yakin mampu mencipta kejutan menewaskan calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim dan penyandang kerusi itu, Ahmad Faizal Azumu.

Ketuanya Aminuddin Md Hanafiah berkata jentera parti itu sudah lama bekerja untuk melawan sesiapa sahaja termasuk kedatangan “orang luar” ke kawasan itu.

Orang luar dimaksudkan Aminuddin adalah Anwar yang berpindah dari kerusi Permatang Pauh dan Port Dickson serta Faizal yang sebenarnya berasal dari Ipoh Barat, dan bukannya anak jati Tambun.

“Sesiapa pun yang datang bertanding, Peja (Faizal) ke Anwar ke.. sesiapa pun. Ini tanggungjawab kami sebagai orang Tambun. Kita tetap akan bertanding di Tambun seperti mana-mana PRU dari zaman dulu sehingga sekarang dan kita tetap akan melawan dan tetap yakin untuk menang.

“Tak semestinya dia menguar-uarkan dia (Anwar) calon PM dia boleh menang…. tidak semestinya, tengoklah 19 hari bulan (hari mengundi) apa jadi. Tapi tidak mengapalah kita kan ‘underdog’ jadi kita tak mahu terlalu banyak sangat bercakap, kita fokus buat kerja’,” katanya kepada FMT.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), BN diwakili Ahmad Husni Hanadzlah gagal mempertahankan Parlimen Tambun selaps tewas kepada Faizal yang bertanding mewakili Bersatu atas tiket PKR dengan majoriti 5,320. Kekalahan berkenaan menyaksikan buat pertama kalinya kubu BN itu jatuh ke tangan pembangkang.

Khamis lalu, Anwar mengumumkan akan bertanding di Tambun pada PRU15 dan tidak memilih kawasan mudah menang.

PH turut mengangkat Anwar sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu menawan Putrajaya.

Semalam, Faizal mengesahkan akan mempertahankan kerusi itu manakala Umno pula belum membayangkan secara terbuka calon yang bakal diletakkan sama ada nama besar dari luar Tambun atau dalam kalangan pemimpin tempatan.

Aminuddin turut menjangkakan akan berlaku sekurang-kurangnya pertandingan empat penjuru di kerusi panas itu membabitkan tiga gabungan utama iaitu BN, PH, dan Perikatan Nasional (PN) serta Gerakan Tanah Air (GTA).

“Kita bersedia berdepan apa jua situasi dan akan berusaha sebaiknya untuk menang,” katanya. FMT

Kami ‘underdog’ tapi boleh tumbangkan mereka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker