PH Tolak Kerjasama Dengan Mahathir Di PRU15

PH Tolak Kerjasama Dengan Mahathir Di PRU15

PAKATAN Harapan (PH) menolak untuk bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail, ini walaupun PH berkongsi agenda yang sama dengan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad.



“Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional).

“Tetapi Pakatan Harapan akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.

“Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya,” katanya dalam menerusi ciapan di Twitter, pada Sabtu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir menyatakan kesediaan bertemu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.



Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan keyakinan mempunyai matlamat yang sama dengan Anwar dalam mengetepikan BN, malah sedia mengambil langkah pertama ke arah kerjasama itu.

Mengulas perkembangan itu, Anwar menegaskan tiada masalah bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai kerjasama politik menjelang PRU15.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu menegaskan, perkara yang ditekankan PH ialah kepentingan melawan PN dan BN.

Atas kapasiti Pengerusi BERSATU, Dr Mahathir dan Anwar bekerjasama menewaskan BN dalam PRU14 pada 2018 di bawah naungan PH yang turut disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).



Dr Mahathir kemudian meninggalkan BERSATU yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH, sebelum mengasaskan PEJUANG dan disusuli pembentukan GTA yang membariskan parti berasaskan Melayu.

GTA turut dianggotai badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan profesional. AA

PH Tolak Kerjasama Dengan Mahathir Di PRU15

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker