Lola dipaksa mandi depan pembunuh

Lola dipaksa mandi depan pembunuh

Paris: Mangsa pembunuhan kejam, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai dipaksa mandi di hadapan pembunuhnya.

Jasad kanak-kanak itu yang dikerat sebelum disumbat di dalam kotak yang ditemukan di jalan di Paris, hujung minggu lalu.

Penemuan itu mengejutkan seluruh negara serta menimbulkan perbalahan politik.

Polis menahan seorang suspek yang dinamakan menerusi akhbar Perancis sebagai Dahbia B ,dan butiran mengerikan mengenai bagaimana jasad kanak-kanak itu dikenali sebagai Lola ditemukan.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang oleh ibunya selepas gagal pulang dari sekolah , namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memasuki bangunan pangsapurinya bersama wanita berusia 24 tahun yang dituduh membunuhnya.

Pendakwa raya percaya kanak-kanak itu diperkosa sebelum dibunuh serta diserang berulang kali sebelum ditinggalkan di halaman berhampiran rumahnya.

Siasatan awal menunjukkan dia meninggal dunia akibat sesak nafas serta beberapa kecederaan lain dan seorang gelandangan yang menemuinya melihat keadaan jasadnya dalam keadaan diikat.

France 24 melaporkan, suspek membuat kenyataan yang tidak konsisten dan bercanggah ketika disoal siasat polis.

“Suspek mengaku menyeret mangsa ke apartmen kakaknya, tinggal di bangunan yang sama dengan kanak-kanak itu.

“Wanita itu memaksa mangsa mandi sebelum melakukan serangan seksual dan keganasan lain ke atasnya… mengakibatkan kematian dan dia didakwa menyembunyikan mayat di dalam peti,” kata laporan.

Latar belakang suspek, yang menurut pihak berkuasa mungkin memasuki negara itu secara haram mencetuskan ketegangan antara Jabatan Imigresen, undang-undang dan ketenteraman awam.

Akhbar yang memetik sumber polis dan kehakiman berkata, suspek adalah wanita warga Algeria.

Dalam pada itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak itu semalam.

Suspek wanita itu ditahan pada Isnin lalu dan didakwa atas tuduhan membunuh, merogol dan melakukan penyeksaan, kata sumber kehakiman. HM

Lola dipaksa mandi depan pembunuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker