PM Tempelak Kerajaan Negeri Selangor Tidak Benar Guna Tapak Bagi Program KUKKM
PM Tempelak Kerajaan Negeri Selangor Tidak Benar Guna Tapak Bagi Program KUKKM
KUALA SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menemplak tindakan kerajaan Negeri Selangor yang didakwa menghalang penganjuran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (KUKKM) Negeri Selangor di Kuala Selangor pada Khamis.
Ujarnya, pihak penganjur iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Kewangan berdepan kesukaran apabila tidak diberi kebenaran mengadakan program itu pada asalnya.
“Saya dah nampak kebangkitan (rakyat Selangor). Saya difahamkan agak sukar untuk melaksanakan program hari ini, dimaklumkan kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dan tidak membenarkan penggunaan tapak ini untuk program.
“Nasib baik tapak program ini tapak swasta jadi mereka tidak boleh halang. Ini tapak swasta.Kita buat ini demi kepentingan penjaja usahawan di Selangor.
“Bukan kita buat program ini untuk berkempen tapi beri ruang peniaga kecil usahawan kecil, tetapi mereka tidak bagi,” jelasnya ketika berucap merasmikan Karnival KUKKM Negeri Selangor di sini pada Khamis.
Ujar Ismail Sabri lagi, sikap ditunjukkan kerajaan negeri itu tidak seharusnya berlaku demi kepentingan usahawan kecil dan sederhana di Selangor.
“Begitulah sebenarnya sikap mereka (pembangkang) terhadap golongan penjaja seperti tuan-tuan dan puan-puan.
“Nasib baik kita ada Menteri KUSKOP prihatin menjaga kepentingan usahawan semua.
“Kita tidak kira walaupun tidak dibenarkan, tapi kita berusaha pastikan program membela usahawan ini kita laksanakan juga,” katanya lagi.
Turut hadir dalam majlis itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.
Kira-kira 10,000 usahawan hadir dalam majlis itu. AA
PM Tempelak Kerajaan Negeri Selangor Tidak Benar Guna Tapak Bagi Program KUKKM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Amanah bincang calonkan Khairuddin
- Raih RM600k dengan game
- Tompokan putih pada lidah petanda awal ‘pembunuh senyap’
- Mereka bukan ahli PKR
- BN tuntut semula Parlimen Tasek Gelugor – Ismail
- Biarkan Sarawak sendiri, GPS ingatkan PN
- Rina abai pengundi Titiwangsa, dakwa penduduk
- Pemimpin akan tukar parti sebelum penamaan calon
- Abaikan PH Yang Bawa Kemusnahan
- GRS bergolak?
- Pas sukar bekerjasama dengan Mahathir seperti Bersatu mahukan – Zuhdi
- Chef Wan dengan Shikin Maembong berdamai
- Farid Kamil sokong Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.