Pesara bomba meninggal dunia ketika daki Bukit Jambul

Pesara bomba meninggal dunia ketika daki Bukit Jambul

GEORGE TOWN – Seorang pesara bomba meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Bukit Jambul di sini, hari ini.

Idris Hamat, 59, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menuruni bukit tersebut bersama rakannya di lokasi yang terletak kira-kira 500 meter dari kaki bukit.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian seorang lelaki dilaporkan pengsan atas bukit tersebut pada jam 6.08 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dikerahkan ke lokasi sebelum mendapati mangsa yang juga bekas pesara bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun pegawai kesihatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Anggota bertugas menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa ke kaki bukit,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Tambah jurucakap itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi proses selanjutnya.

MalaysiaGazette difahamkan mangsa berkhidmat di BBP Jalan Perak sebagai pemandu jentera dan bersara tiga tahun lalu. MG

Pesara bomba meninggal dunia ketika daki Bukit Jambul


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan



Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker