Penumpang sesak nafas, asap penuhi kabin pesawat Spicejet

Penumpang sesak nafas, asap penuhi kabin pesawat Spicejet

Penumpang sebuah penerbangan komersial terpaksa bergelut untuk bernafas selama 25 minit selepas asap memenuhi ruang kabin pesawat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian cemas itu dirakam semasa pesawat penumpang itu berlepas dari resort percutian popular di Goa, India.



Apabila penggera asap berbunyi, seorang wanita didengar menjerit berulang kali ‘tunduk, kekal di bawah’, sambil menyalakan lampu suluh untuk membantu penumpang penerbangan SpiceJet SG 3735 itu.

“SpiceJet mempertaruhkan nyawa orang ramai. Kami sesak nafas selama 25 minit, malah topeng oksigen tidak diaktifkan,” kata seorang penumpang, Vivek Vishal.

Dalam klip video berasingan, beberapa ambulans dilihat menunggu di lokasi pesawat itu mendarat ketika hujan lebat, manakala seorang lelaki kelihatan bercakap melalui telefon.

Anggota-anggota penyelamat pula menunggu di tepi landasan dengan menyediakan sebilangan kerusi roda sebagai persediaan untuk memberikan bantuan kepada penumpang.



Dipercayai sekurang-kurang­nya 86 orang berada di dalam pesawat itu. Penerbangan SG 3735 terpaksa mendarat cemas kerana mengalami kerosakan.

Menurut akhbar tempatan, penumpang segera dipindahkan selepas mendarat di Hyderabad di mana juruterbang kemudian memaklumkan kepada menara kawalan udara mengenai kejadian itu.

Kakitangan di darat diminta mengambil langkah berjaga-jaga dalam usaha untuk mengelak sebarang insiden selanjutnya.

SpiceJet mendakwa bahawa asap itu disebabkan oleh sistem pendingin hawa di dalam pesawat rosak, manakala krunya telah mengendalikan situasi tersebut berdasarkan protokol keselamatan.



Syarikat penerbangan itu sudah pun berdepan tindakan tatatertib oleh Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) berhubung lapan insiden berkaitan pesawatnya baru-baru ini.

DGCA telah melanjutkan had kapasiti 50 peratus untuk penerbangan SpiceJet. K Online

Penumpang sesak nafas, asap penuhi kabin pesawat Spicejet


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan



Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker