DBP, Mydin usik Maula, kongsi gambar udang kopek kulit

DBP, Mydin usik Maula, kongsi gambar udang kopek kulit

Tindakan sesetengah individu terlalu menyanjungi seorang lelaki yang didakwa cicit kepada Nabi Muhammad S.A.W sehingga terpaksa mengopek kulit udang untuk dimakan mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata netizen mendakwa sesetengah mereka terlalu ‘taksub’ terhadap lelaki itu walaupun pelbagai spekulasi timbul mengenai status sebenar individu berkenaan.

Ada yang mendakwa lelaki tersebut hanyalah seorang scammer dari Magribi dan tidak kurang juga yang melabelkan dirinya penipu bukan dari keturunan Rasulullah.

Apa yang menariknya, gambar tular lelaki yang digelar Maula makan udang sambil dibantu seorang individu itu turut menarik perhatian syarikat pemborong dan peruncit, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin).

Menerusi hantarannya di laman Twitter, Mydin secara sinis memaklumkan pihaknya ads menjual udang yang telah siap dikopek kulitnya.

“Kalau malas sangat nak kopek udang, beli je lah yang dah siap kopek.

“Udang biasa pun ada. Macam-macam lagi makanan laut ada dekat mydin – udang, sotong, ikan, ketam semua ada. Yang takda pelanggan je,” ciap Mydin.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan gurauan sinis pihak Mydin dan ada juga yang mahu pasar raya itu membuka cawangannya di Maghribi (Morroco).

“Mydin sila buka cawangan di Morocco supaya orang malas kopek tak datang Malaysia untuk makan udang,” ciap @zwild861.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Bebelleyy.

“Mydin bab menganjing isu semasa nombor satu, haritu ikan siakap Langkawi ni udang kopek,”katanya.

Isu berkenaan juga turut mendapat perhatian Dewan Bahasa Pustaka (DBP) yang turut berkongsi maksud pepatah ‘Ada udang disebalik batu’.

Kata DBP maksud pepatah berkenaan adalah ‘ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. K Online

DBP, Mydin usik Maula, kongsi gambar udang kopek kulit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker