Saya sedia beri keterangan – Tengku Zafrul

Saya sedia beri keterangan – Tengku Zafrul

Bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung bantuan rangsangan Covid-19 Jana Wibawa.

Kata Tengku Zafrul lagi, tiada apa yang hendak disembunyi berhubung dana projek itu.

“Ada media tanya saya mengenai Jana Wibawa. Tiada apa yang perlu disembunyikan dan saya sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Terdahulu bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung bantuan rangsangan Covid-19 Jana Wibawa, dan beliau bukan suspek dalam siasatan itu.

Muhyiddin berkata, Jana Wibawa, pakej yang bertujuan membantu kontraktor Bumiputera, dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan.

Tambahnya, agensi anti-rasuah itu mungkin akan memanggil bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, untuk turut disoal siasat.

Menyatakan bahawa projek itu dicadangkan Tengku Zafrul, Muhyiddin berkata, beliau mempersetujuinya kerana kontraktor dan vendor Bumiputera antara yang paling teruk terjejas semasa wabak Covid-19 sambil menjelaskan beliau tidak pernah menerima bayaran sehingga RM300 juta daripada kontraktor di bawah projek itu dan menganggap tuduhan ke atas beliau sebagai tidak berasas.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memberitahu Utusan Malaysia, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil keterangan Tengku Zafrul bagi membantu siasatan.

Azam berkata, tindakan itu dilakukan selepas agensi berkenaan memanggil Muhyiddin untuk memberi keterangan berhubung siasatan sama.

Jelas beliau, siasatan sedang giat dijalankan dan beberapa lagi saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan. FMT

Saya sedia beri keterangan – Tengku Zafrul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker