Pemain PJ City maut nahas

Pemain PJ City maut nahas

GOMBAK: Pemain bola sepak Petaling Jaya City (PJ City FC), P Rajes, maut dalam kemalangan jalan raya di Batu Caves, di sini, malam tadi.

Rajes, 37, meninggal dunia apabila motosikal ditungganginya dipercayai terbabas dan melanggar pokok di Jalan Sri, Batu Caves, kira-kira jam 11 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata ketika nahas, mangsa menunggang motosikal jenis skuter Benelli 125i dari arah Jalan Batu Muda menghala ke Batu Caves.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.

“Akibat kemalangan, mangsa parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

Katanya, orang ramai yang ada maklumat mengenai kemalangan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Rajes.

Rajes sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa pasukan lain iaitu PKNS FC, Selangor dan Kedah. BH

Pemain PJ City maut nahas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker