Pagar kediaman rasmi Sanusi dilempar cat

Pagar kediaman rasmi Sanusi dilempar cat

ALOR SETAR – Orang ramai yang melalui Jalan Anak Bukit, Pantai Johor di sini pagi ini dikejutkan dengan cat berwarna merah dan biru yang dilempar ke pagar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, cat itu kebanyakannya mengenai papan tanda kediaman tersebut.



Selain itu, cat berkenaan turut mengenai pintu pagar yang baru ditukar di situ, pokok hiasan di belakang pagar serta ‘spotlight’ yang menghala ke papan tanda berkenaan.

Tinjauan lanjut turut menemui plastik berisi cat merah di lokasi tersebut, setakat ini belum dapat dipastikan siapa dalang di sebalik kejadian itu dan polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika ini difahamkan berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan negeri. K Online

Pagar kediaman rasmi Sanusi dilempar cat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”



Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

https://mykmu.net/2022/10/16/nurul-nazihah-yang-retung-dalam-kemalangan-bar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker