Kerajaan hapus RM223.8 juta hutang peneroka Felcra – Ismail

Kerajaan hapus RM223.8 juta hutang peneroka Felcra – Ismail

Putrajaya pada dasarnya bersetuju untuk menghapuskan kira-kira RM223.8 juta hutang oleh peneroka Felcra, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail juga berkata, sejumlah RM191 juta akan dibelanjakan untuk bantuan musim tengkujuh kepada 232,319 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Pekebun kecil akan mendapat kira-kira RM600 pada November dan Disember.

Kerajaan memperuntukkan RM2.6 bilion dalam Bajet 2023 kepada Felda, Felcra dan Risda sebagai antara agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi di negara ini.

Sebanyak RM315 juta disediakan untuk melaksanakan Program Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil bagi menggantikan pokok getah tua yang tidak lagi berhasil untuk manfaat 387, 000 pekebun kecil.

Dasar Agrikomoditi Negara 2030 menyasarkan kawasan bertanam getah sekurang-kurangnya 1.1 juta hektar menjelang 2030.

Kerajaan hapus RM223.8 juta hutang peneroka Felcra – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

https://mykmu.net/2022/10/16/nurul-nazihah-yang-retung-dalam-kemalangan-bar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker