Imigresen UAE tersilap cam lelaki India sebagai penjenayah dikehendaki

DUBAI – Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India ditahan di Lapangan Terbang Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas pegawai-pegawai  tersilap mengecam wajahnya sebagai salah seorang penjenayah yang dikehendaki, lapor laman berita Wion News.

Pengecaman tersebut dibuat menerusi aplikasi pengecaman wajah sejurus lelaki bernama Praveen Kumar itu melalui pemeriksaan imigresen UAE.

Selepas disoal secara selama berjam-jam berhubung kes silap identiti itu pada 11 Oktober lalu, dia dihantar pulang ke India awal semalam.



Selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, Praveen disambut oleh orang ramai dan petugas media sebelum dia menceritakan pengalaman pahitnya.

Praveen yang bekerja sebagai kontraktor untuk syarikat simen di Noida dan isterinya, Usha dalam perjalanan untuk bercuti selama seminggu ke Switzerland dan mempunyai penerbangan sambungan dari Abu Dhabi.

Agensi pelancongan yang menguruskan tiket pasangan itu telah menempah penerbangan sambungan dari Abu Dhabi kerana penerbangan terus ke Switzerland tidak tersedia.

Namun, selepas mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi, pihak imigresen merampas pasport dan visa pasangan itu sebelum membawa mereka ke bilik berasingan untuk disoal siasat.



“Mereka menahan saya semalaman dan memaksa saya mengaku saya adalah individu yang mereka sangkakan dan memasukkan saya ke dalam sel tahanan pada waktu pagi.

“Kemudian, mereka membawa saya ke bandar lain, di mana saya ditahan dan disoal siasat selama berjam-jam,” ujarnya.

Selepas berita penahanan pasangan itu menjadi perhatian, ahli keluarga mereka menghantar ciapan di laman Twitter kepada Menteri Hal Ehwal Luar India, S. Jaishankar dan pegawai kanan kementerian yang lain bagi meminta bantuan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Adityanath atas tindakan pantas mereka dalam perkara itu,” tambah Praveen. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker