Dipecat, turun pangkat atau tidak bersalah, nasib Cikgu Mohd Fadli diketahui esok

PUTRAJAYA – Keputusan hasil mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang hari ini, akan diserahkan kepada guru Matematik, Mohd. Fadli Mohamed Salleh, esok.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, beliau baru dimaklumkan bahawa mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan baru tamat sebentar tadi di mana dokumen keputusannya akan diuruskan pihak urusetia lembaga itu.

“Pihak urusetia di lembaga berkenaan akan sampaikan keputusan mesyuarat kepada ketua jabatan Mohd. Fadli.



“Insya-Allah, esok beliau (Mohd. Fadli) akan menerima keputusan itu,” katanya yang ditemui selepas menghadiri sesi pengenalan bersama jurulatih ternama dunia, Mr. Peter Walters ‘Mr Touch’ dari Auckland, New Zealand di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas setelah menerima surat representasi yang dikemukakan Mohd. Fadli pada Jumaat lalu.

Surat yang diterima Mohd. Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Sebelum ini, Mohd. Fadli melalui laman media sosialnya mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.



Ketika ditanya sama ada hasil keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan boleh didedahkan, Mohd. Radzi berkata, beliau tidak pasti perkara itu dan akan membuat pemeriksaan mengenainya kelak.

“Malah permintaan saya untuk mengadakan pertemuan dengan beliau juga belum mendapat maklum balas sama ada akan bertemu atau tidak,” katanya.

Mengulas mengenai isu yang dibangkit Mohd Fadli, beliau berkata ia sudah diambil tindakan kementeriannya seperti pada pada 6 Mac lalu, pihaknya memperkenalkan tujuh inisiatif bagi menangani perkara berkenaan antaranya penyusunan jadual waktu dan pemasangan lokar.

Katanya, bagi isu silibus di mana ia sudah diperkenalkan sejak 2017 selepas mengambil pandangan pelbagai pihak termasuk guru yang berpakaran dalam bidang masing-masing dan ibu bapa.



“Ini bukan perkara baharu, bila sesuatu silibus itu diperkenalkan ia akan melalui satu pusingan, ia bermakna untuk sekolah rendah silibus yang diperkenalkan pada tahun 2017 ini akan tamat pada 2022.

“Jadi murid darjah satu pada tahun 2017 itu naik ke darjah enam pada tahun 2022, ia dikira satu pusingan. Bagi sekolah menengah, pusingan bagi silibus yang diperkenalkan pada tahun sama tamat pada tahun 2021 kerana mereka sehingga tingkatan lima sahaja,” ujar beliau.

Tambahnya, KPM sentiasa terbuka dan ambil pandangan semua pihak berhubung isu silibus. – KOSMO! ONLINE

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”



Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker