Zahid Hamidi umum BN bakal bertanding 191 kerusi
BN akan bertanding 191 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid menyifatkan PRU15 sebagai ibu kepada segala pilihan raya dan berazam untuk mengulangi kejayaan PRU11 yang dipimpin bekas presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.
“Ya (BN tanding 191 kerusi),” katanya ketika ditanya wartawan pada sidang media di Bagan Datuk, hari ini.
“Kami perlu capai 112 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan baru. Dalam kes ini, jika kita sasar untuk menang dua pertiga, kita perlu kerjasama dengan parti lain.
“Bagi saya PRU15 adalah ibu kepada segala pilihan raya kami akan turun sebagai parti politik ‘underdog’, sebagai ‘underdog’ kita perlu bekerja kuat dan bekerja secara bijaksana,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas persidangan Umno bahagian Bagan Datuk.
BN kini ditunjangi Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selepas tewas dalam PRU14 lalu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata BN juga akan membuka ruang kepada parti “Friends of BN” untuk bertanding atas tiket parti itu dalam PRU15 nanti.
Katanya lagi, ini kali pertama BN membuka ruang kepada parti rakan untuk bertanding.
“Kami tidak akan pernah lupa calon-calon yang datang dari Friends of BN.
“Ini pertama kali kita akan bagi peluang kepada calon-calon Friends of BN (bertanding),” kata presiden Umno itu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin