UMNO bukan punca kegagalan MN
PAS lebih suka Bersatu
UMNO bukan punca kegagalan MN
Kegagalan penyatuan UMNO dan Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di bawah ‘payung’ Muafakat Nasional (MN) bukan berpunca daripada UMNO sebaliknya disebabkan oleh tindakan segelintir pemimpin Pas yang sering mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap parti itu.
Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, tindakan sedemikian seolah-olah tidak langsung menjaga perasaan dan hati seorang rakan hingga menyebabkan usaha penyatuan yang dibina akhirnya tidak menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, katanya, semua pihak seharusnya perlu berdoa agar Allah membukakan hati pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam di negara ini supaya dapat kembali bersatu pada masa hadapan.
“Penyatuan melalui MN ini tidak menjadi bukan kerana UMNO sebaliknya kerana tindak-tanduk beberapa pemimpin Pas di peringkat Pusat dan Kedah yang sentiasa mengeluarkan kenyataan sensitif serta tidak menjaga perasaan mahu pun hati kawan.
“Saya rasa itu puncanya tetapi kita reda dan berdoa semoga Allah buka pintu hati pemimpin-pemimpin ini pada masa depan. Apa yang lebih penting adalah, kita tak mahu perpisahan sementara ini memberi kesan kepada umat Melayu dan Islam dalam PRU nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi pertemuan santai bersama ketua dan pengundi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Putat di sini, hari ini.
Mengakui kecewa dengan kegagalan MN pada masa ini, Othman berkata, UMNO terpaksa berdepan dengan Pas setelah mereka memilih untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah Perikatan Nasional (PN) yang terlebih dulu melabelkan UMNO sebagai musuh.
“Apabila Pas memilih hendak bersama dengan parti yang mahu ‘bunuh’ UMNO, maka, kami tidak mempunyai pilihan untuk berdepan dengan mereka dalam PRU kali ini.
“Namun, pada masa sama, kita menyedari dan masih berdoa agar usaha penyatuan ini berterusan dan tidak berakhir di sini saja,” katanya.
Diminta mengulas mengenai keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang melepaskan jawatan exco kerajaan negeri semalam, Othman berkata, tindakan itu adalah langkah yang tepat.
“Kebetulan pula kepemimpinan tertinggi Pas mengisytiharkan tiada lagi kerjasama antara UMNO dan Pas melalui MN. Maka dari segi moral, Suraya patut berhenti daripada menjadi exco kerana kerajaan hari ini dipimpin Menteri Besar daripada Pas.
“Begitu pun tindakan tersebut tidak memberi kesan terhadap kedudukan kerajaan negeri. Tindakan itu bagi saya tepat dari sudut moral kerana tiada lagi kerjasama antara UMNO dan Pas buat masa ini. Utusan
UMNO bukan punca kegagalan MN
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau