PRU terakhir buat Muhyiddin
PRU terakhir buat Muhyiddin
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan menjadi yang terakhir buatnya.
“Jadi masa saya sudah sampai. Ini penyertaan terakhir saya. Saya serahkan kepada pengundi, nak saya lagi atau tidak? Kalau ya, saya teruskan, jika tidak, saya balik kampung,” kata penyandang kerusi Pagoh itu.
Antara sebab yang disebutnya ialah usianya kini 75 tahun dan sudah 50 tahun perkhidmatannya kepada negara.
Pengerusi Perikatan Nasional (PH) itu juga yakin mengenai bakal pemimpin Bersatu untuk yang akan menerajui parti itu.
“Saya tidak sewajarnya menongkat langit, sampai dah jadi tua bangka, jangan salah faham. (Perli Mahathir ke?)
“Saya fikir dalam situasi terkini banyak juga yang berkualifikasi, berpengalaman. Tengok kabinet saya terdahulu,” katanya.
“Malahan di Pagoh pun ada. Itu satu pertimbangan,” tambahnya.
Mengulas isu rundingan kerusi, Muhyiddin berkata gabungan itu dijangka menyelesaikan rundingan kerusi mereka pada awal minggu depan.
Katanya, manifesto pilihan raya PN juga hampir selesai.
Nota: Eloklah bersara. Semasa jadi PM pun gagal.
PRU terakhir buat Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET