Ramadan ini terasa asing
Ramadan ini terasa asing

Jika sebelum ini nama Wanna Ali sering dikaitkan dengan dunia seni dan bayangan ibunya, penerbit terkenal Datuk Ayu Puteh, kini perjalanan hidupnya mengambil satu arah yang lebih bermakna, sebagai seorang isteri.
Ramadan kali ini pula disambut dengan kelainan. Jika dahulu setiap kali bulan mulia menjelang, Wanna akan sibuk di dapur bersama ibunya dan adik-beradik, kini suasana berubah.
Ramadan pertama sebagai isteri, jauh dari rumah yang pernah menjadi tempatnya membesar, memberi satu perasaan yang bercampur-baur.
“Alhamdulillah, seronok sangat. Saya rasa, semua yang baru berkahwin turut merasakan perasaan sama seperti saya juga. Perbezaannya, sekarang saya duduk di rumah suami selepas 27 tahun saya duduk bersama ibu saya.
“Saya dah tak ada adik beradik di rumah seperti dulu. Dengan ibu saya pun, memang sangat dirasakan. Nak jumpa ibu pun, kena minta izin suami,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Tinggal berasingan daripada ibu tercinta bukan bermaksud berjauhan hati, sebaliknya satu peluang untuk lebih menghargai dan mendidiknya mengenai tanggungjawab dan keindahan membina rumah tangga sendiri.

“Ibu memang kalau anak dia dah menjengah usia 27 tahun dan masih bujang, dia akan tanya bila nak kahwin. Tapi, bila dah kahwin, dia beritahu dia sedih pula. Ibu-ibu memang begitu.
“Saya faham sebab saya dan ibu memang rapat. Saya memang tak pernah keluar rumah atau duduk asing.
“Lagi pula, saya memang ada peraturan di rumah, kalau dah jam 12 tengah malam tak balik rumah lagi, mesti dia akan tanya sampailah 27 tahun. Jadi, dapat rasa perbezaan itu,” katanya.
Salah satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana kisah cinta Wanna tidak pernah terhidu oleh peminat sehinggalah hari bahagianya diumumkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
“Saya rasa tak susah nak sorok. Tak susah langsung. Semuanya bergantung kepada saya, apa yang saya muat naik, apa saya nak orang tengok dan apa yang saya tak mahu orang tengok.
“Semasa saya bertunang pun, orang di sekeliling, di set memang tahu. Bila orang tanya, saya memang mengaku pun. Cuma, saya tak kongsikan secara terbuka terutamanya di media sosial.
“Saya rasa, ini cara yang terbaik,” katanya.
Dalam kehangatan mengemudi bahtera perkahwinan, pastinya persoalan mengenai cahaya mata turut menjadi topik perbualan. Bagi Wanna dan suaminya, mereka bersedia menerima rezeki itu pada bila-bila masa.
“Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Saya sentiasa mahukan anak sebelum menjengah usia 30 tahun. Saya rasa, itu waktu yang sempurna sebab bila kita dah menginjak ke usia lebih tua, ada orang membantu kita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
“Jadi, saya dan suami dah bersiap sedia untuk ada anak. Saya ada ramai kawan yang dah lalui fasa itu, jadi saya jadi bertambah yakin kerana mereka banyak berkongsi pengalaman,” katanya.
Di sebalik kegembiraan mengharungi kehidupan berumah tangga, karier seni Wanna tetap berjalan seiring. Ramadan kali ini menjadi lebih bermakna apabila drama lakonannya, Bukan Sekadar Lafaz 2 (BSL2), mula menemui penonton di slot Akasia TV3 bermula 27 Februari lalu.
“BSL2 ini jauh lebih menarik daripada yang pertama sebab ada banyak ‘plot twist’. Karakter pun berbeza daripada sebelum ini dan ada wajah-wajah baharu juga.
“Kami selesai menjalani penggambaran pada November tahun lalu sebab selepas mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam musim pertama.
“Watak saya pun dah berbeza, tetapi kebanyakan benda yang biasa berlaku dalam rumah tangga bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di mana-mana.
“Saya harap, ia mendapat sambutan dengan usaha dan kerja keras yang kami dah berikan,” katanya.
Selain Wanna, BLS2 juga dibintangi barisan pelakon antaranya Alif Satar, Isyariana, Ahmad Idham, Wanns Ahmad, Zac Zaky, Mia Nasir dan lain-lain.
Ramadan ini terasa asing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.