Muhyiddin Muka Tebal
Oleh Tun Teja
RAKYAT tahu kini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan sangat terdesak. Muhyiddin sendiri menyedari prestasi buruk sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan, 2 minggu dan 1 hari telah mendedahkan kepincangan beliau yang sangat ketara.
Kekalahan teruk Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor memburukkan lagi imej Muhyiddin. Beliau bukan sahaja ditolak oleh rakyat malah pemimpin parti-parti lain turut dilihat menolak parti Muhyiddin tersebut.
Soal untuk kembali bekerjasama bersama PN tidak wujud dalam agenda parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) ketika ini. Dua parti membentuk gabungan komponen terbesar dalam PH kekal dengan pendirian untuk tidak menjalin kerjasama dengan PN.
Mereka melihat PN sebagai terdesak dan hilang punca. Muhyiddin merayu agar semua pimpinan parti pembangkang mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN dengan menggunakan alasan masing-masing perlu sepakat kerana musuh utama dalam PRU-15 adalah Barisan Nasional (BN).
Namun rayuan Muhyiddin tersebut menjadi bahan “jenaka” PH. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak akan bekerjasama dengan Muhyiddin. Parti Lim Kit Siang tersebut kekal dengan pendirian untuk tidak sekali-kali bekerjasama dengan PN kerana tindakan ‘tikam belakang’ menerusi Langkah Sheraton dilakukan PPBM sebelum ini.
Kini Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bersedia mempertimbangkan kerjasama dengan Pejuang menjelang PRU15 jika parti itu serius. Setakat ini tiada pihak yang menghubunginya berhubung kerjasama itu, kecuali perbincangan yang pernah dibuat pada “awal dahulu”.
Sebelum ini, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk menjalin kerjasama politik dengan parti lain yang turut ingin menentang Umno dan BN pada PRU15.Beliau tidak menamakan mana-mana parti, namun menyatakan kesanggupan pihaknya untuk mengadakan kerjasama demi menyelamatkan negara daripada pemerintahan Umno.
Jika kita amati kenyataan Muhyiddin dan Mahathir ini sememangnya kedua-dua mereka muka tebal. Sudah terhantuk baru tergadah.
You must be logged in to post a comment.