Wan Junaidi ragui laporan siasatan memoir Tommy Thomas selesai

Wan Junaidi ragui laporan siasatan memoir Tommy Thomas selesai

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar meragui laporan bahawa siasatan terhadap dakwaan kesalahan yang terkandung dalam memoir bekas peguam negara Tommy Thomas telah selesai, dan kertas siasatan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kepantasan siasatan ini selesai seperti yang dianggap orang ramai (membingungkan). Berdasarkan pengalaman lalu, saya rasa tidak begitu cepat (siasatan selesai), melainkan kertas siasatan telah disediakan sebelum ini,” katanya kepada FMT.



“Saya pernah jadi inspektor polis selama 10 tahun. (Proses menjalankan siasatan) bukan mudah. Bagaimana semua kenyataan boleh dirakam secepat itu?

“Merakam kenyataan bukan mudah. Mereka (yang disiasat) belum melakukan kesalahan lagi, jadi anda perlu memanggil mereka (untuk disoal siasat) dan menetapkan masa untuknya. Bagaimana semua itu boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat?”

Beliau akan menyerahkan laporan berita itu kepada AGC untuk menentukan sama ada kertas siasatan itu benar-benar lengkap, katanya.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan bahawa polis telah menyelesaikan siasatan terhadap dakwaan Thomas dalam memoir bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, dan kertas siasatan telah dihantar kepada AGC.



FMT telah cuba menghubungi Peguam Negara Idrus Harun untuk mendapatkan komen.

Pada 30 Sept, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya Thomas disiasat segera kerana menghasut dan beberapa kesalahan lain yang timbul daripada kandungan memoirnya, yang diterbitkan pada Januari tahun lepas.

Selain hasutan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Thomas akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA), Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan.

Ismail berkata, pasukan petugas khas yang dibentuk untuk meneliti dakwaan Thomas pada mulanya mengenal pasti 19 isu. Jumlah ini kemudiannya dikecilkan kepada empat isu utama, iaitu tuduhan terhadap badan kehakiman, mendedahkan rahsia kerajaan, salah guna kuasa dan kecuaian profesional, serta kenyataan berbaur hasutan.



Pada 1 Okt, setiausaha polis Noorsiah Saaduddin berkata, polis telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu.

Menurutnya, kenyataan Thomas telah dirakam, dan kertas siasatan yang dikemas kini akan dirujuk semula kepada AGC pada 3 Okt untuk arahan selanjutnya. FMT

Wan Junaidi ragui laporan siasatan memoir Tommy Thomas selesai


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker