Mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib kekal jadi tanda tanya

PETALING JAYA: Bekas peguam bela Najib Razak berkata beliau tiada maklumat mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berlangsung semalam

“Tiada siapa tahu,” kata Shafee Abdullah menurut Berita Harian ketika ditanya mengenai mesyuarat itu.

Terdahulu hari ini, Utusan Malaysia melaporkan hukuman penjara Najib akan dibincangkan dalam mesyuarat hari ini, yang kali terakhir dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum penggal baginda tamat esok.



Pada 10 Jan lalu, Shafee menyangkal laporan Channel NewsAsia (CNA) bahawa Lembaga Pengampunan akan bersidang pada bulan ini bagi membincangkan permohonan pengampunan diraja bekas perdana menteri itu.

Beliau menegaskan sidang lembaga itu dianggap sebagai rahsia penting, dengan identiti anggotanya dan tarikh mesyuarat tidak dihebahkan.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit kesalahan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu adalah hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.

Rayuan di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.



Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker