Transformasi kembar Chie, Chika

Transformasi kembar Chie, Chika

Tokyo: Kembar Chie dan Chika Yoshikawa menjadi terkenal di Jepun selepas melakukan transformasi pada wajah dan tubuh mereka.

Wanita berusia 34 tahun itu pada mulanya sama seperti gadis lain yang menjalani proses penuaan semula jadi.

Namun keadaan berubah selepas mereka membuat keputusan untuk melabur 40 juta yen (kira-kira RM1.2 juta) untuk menjadi lebih jelita.

Tidak dinafikan solekan membantu mengubah penampilan, namun perubahan ketara boleh dilihat pada struktur wajah, hidung dan mata kembar itu.

Walaupun mengambil masa yang lama untuk mendapatkan wajah dan tubuh idaman namun kedua-dua wanita itu tidak sesekali menyesal dengan keputusan mereka.

Kesakitan ketika proses pemulihan selepas prosedur pembedahan tidak mematahkan semangat mereka yang kini dilantik sebagai duta pembedahan plastik.

Chie dan Chika mendakwa obesesi mereka untuk mengubah penampilan bermula selepas sering dibandingkan sejak kanak-kanak lagi.

Semua perbandingan itu menyebabkan impak negatif kepada mental mereka.

Sejak itu, kembar berkenaan mula mencari ruang yang boleh untuk menambah baik wajah agar tidak lagi dijadikan bahan perbandingan.

Seiring dengan peningkatan usia, mereka akhirnya membuat keputusan untuk mengubah penampilan menerusi pembedahan plastik.

Kejayaan mengubah wajah itu tidak bermakna mereka sudah puas, bahkan kembar berkenaan memasang impian untuk terus menambah baik apa yang perlu pada wajah mereka di masa akan datang. HM

Transformasi kembar Chie, Chika


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker