Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

“Alhamdulillah, Allah berikan peluang kepada abah untuk mengucap dua kalimah syahadah dengan sempurna sebelum ditidurkan. Itu adalah perbualan terakhir kami.”

Demikian kata pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad yang kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Ahmad Ismail, 71, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Serdang, Selangor, semalam.

Nabil, 39, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, pemergian bapanya itu disifatkan tiba-tiba selain tidak pernah mengetahui arwah menghidap penyakit jantung.

“Pada Khamis minggu lalu ayah sakit dada. Betul-betul dua hari selepas dia membuat kejutan kepada saya di program MeleTop. Jadi, dia terus dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Kemudian, dia dipindahkan ke Hospital Serdang bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

“Selama ini kami sekeluarga tidak pernah tahu dia ada jantung tersumbat dan tak pernah buat rawatan jantung pun sebab dia memang sihat, cuma tahu dia ada diabetis.

“Pagi kelmarin, doktor menghubungi dan minta waris datang ke hospital. Saya orang pertama sampai dan tengok dia sangat ‘struggle’ nak bernafas. Perbualan akhir saya dengan ayah adalah ketika mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian adik saya sampai dan dapat duduk beberapa minit sebelum paras oksigen menurun hingga 25. Doktor terus tidurkan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabil, bapanya tidak sempat menjalani pembedahan pintasan jantung apabila dipindahkan ke Hospital Serdang.

“Ayah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menunggu giliran menjalani pintasan jantung. Ikut prosedur kena tunggu tiga minggu. Tapi itulah, Allah lebih sayangkan dia. Saya rasa kehilangan tiba-tiba dan tak percaya dia sudah tiada.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian selesai semalam dan dipermudahkan. Saya sebenarnya bersyukur Allah permudahkan urusan. Sakitnya seminggu saja. Saya pun tak kongsi dia sakit. Ujian dia, dia tak susahkan sesiapa,” katanya.

Bapa Nabil disahkan meninggal dunia jam 2.50 petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam, Mambau, Negeri Sembilan. HM

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker