Dia kata kat orang tak apa – Sanusi

Dia kata kat orang tak apa – Sanusi

“Apa perasaan you (awak) kalau I (saya) kata you (awak) lanun bola sepak?

Itu soalan dilemparkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terhadap pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menggelarnya sebagai badut.



Menurut Muhammad Sanusi, pemilik JDT itu langsung tidak boleh menerima kata-kata orang lain terhadapnya ketika baginda bebas mengatakan apa jua perkara terhadap orang lain.

“Pemilik kelab JDT ini tak boleh orang kata kat dia, dia kata kat orang tak apa. Kalau orang kata dia lanun bola sepak, apa dia rasa?

“Dia kata saya badut, pemecah belah. Kalau saya nak kata kat dia lanun bola sepak, dia nak cakap apa?,” soalnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Penutup Program Jelajah Kedah Sejahtera di pekarangan Masjid Nurul Ihsan, Langgar di sini hari ini.



Semalam, tersebar tangkap layar tulisan TMJ di media sosial meminta pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar menasihati Muhammad Sanusi agar membawa diri sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya sebagai badut.

Muhammad Sanusi kemudiannya memuat naik tangkap layar tersebut di laman Facebooknya dengan kata-kata sinis, sambil menyifatkannya sebagai contoh tauladan terbaik daripada seorang pemilik kelab bola sepak untuk pemujanya dan sekalian yang berjiwa ‘mentimun’.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi turut menafikan dakwaan TMJ kononnya beliau memecah belahkan penyokong bola sepak.

“Saya sebenarnya menyatukan peminat bola sepak untuk orang ramai. Biar padangnya sama luas, pintu golnya sama saiz dan pemainnya juga sama ramai.



“Biasanya pemain tak sama ramai ini sebab pengadil masuk sebelah sana, jadi pemain dia lebih ramai. Saya nak pemain sama ramai dan pengadil duduk di tengah-tengah,” katanya. K Online

Dia kata kat orang tak apa – Sanusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker