Syed Saddiq kini kluster mahkamah, masih bertanding juga?

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengucapkan selamat datang kepada Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke “kluster mahkamah”.

Dalam kenyataan sindiran yang dimuat naik di Facebooknya, Puad turut mempersoalkan sama ada bekas ketua Pemuda Bersatu itu akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), selepas mahkamah mengarahkannya membela diri berhubung empat pertuduhan jenayah yang dikaitkan dengan RM1.12 juta dana parti.

“Sudah tentu Syed Saddiq kata itu adalah pendakwaan terpilih oleh kerajaan Muhyiddin. Apakah dia akan bertanding di PRU ke-15 ini atau membersihkan namanya terlebih dahulu?” soal Puad.

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa Syed Saddiq perlu membela diri atas empat pertuduhan jenayah yang dikaitkan dengan RM1.12 juta dana parti.

Ini selepas pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap penyandang parlimen Muar itu.

Syed Saddiq bagaimanapun berikrar untuk membersihkan namanya di mahkamah dan akan menyerahkan kepada rakyat kawasan parlimennya berhubung kempen parti itu bagi PRU15.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker