PRU-15: Kit Siang, Wan Azizah mungkin berehat?

 

SHAH ALAM – Bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan mantan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah antara nama besar daripada Pakatan Harapan (PH) yang hampir pasti tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Difahamkan, Wan Azizah enggan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan, selepas suaminya yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali aktif berpolitik sekali gus menjadi Ahli Parlimen Port Dickson pada tahun 2018.

Kit Siang pula sudah menyatakan secara terbuka mengenai hasratnya tidak mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri pada PRU15, berikutan faktor usia dan mahu bersara sepenuhnya daripada arena politik.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo pula dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Puchong yang dimenanginya sejak tahun 2008, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Naib Pengerusi DAP, Chan Kon Yeow dijangka kekal di Parlimen Tanjong.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dijangka tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang dimenanginya pada PRU14 lalu.

Mantan Menteri Sumber Manusia merangkap Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran pula mungkin mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Barat, manakala bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim, dijangka mempertahankan Parlimen Seputeh yang disandangnya selama empat penggal lalu.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dikhabarkan kekal di Parlimen Stampin, Sarawak.

Bekas Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Raub yang dimenangi pada PRU14 lalu.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, VN Sivakumar dijangka mempertahankan kerusi Batu Gajah, manakala Bendahari Kebangsaan DAP, Fong Kui Lun, kekal di Parlimen Bukit Bintang.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akan mempertahankan kerusi Parlimen Beruas, manakala Su Keong Siong kekal di Parlimen Kampar dan Khoo Poay Tiong di Kota Melaka.

Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, pula dijangka mempertahankan kerusi Bakri, manakala Teo Nie Ching akan bertanding kerusi Parlimen Kulai.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, pula dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Timur, manakala Lim Lip Eng kekal bertanding di Parlimen Kepong, yang dimenangi mereka, dalam PRU14 lalu.

RSN Rayer, Charles Anthony Santiago, Hannah Yeoh, Kasthuriraani Patto dan Ramkarpal Singh masing-masing dijangka mempertahankan kerusi Jelutong, Klang, Segambut, Batu Kawan serta Bukit Gelogor pada PRU15 nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman pula bersedia bertanding di kerusi Parlimen Bentong sekiranya diarahkan DAP untuk berbuat demikian pada PRU15.

Tidak bertanding

Dalam pada itu, Tony Pua Kiam Wee dan Dr Ong Kian Ming masing-masing sudah mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Damansara dan Bangi yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu.

Ia sekali gus memberi laluan kepada muka baharu untuk mencuba nasib.

Selain itu, difahamkan bekas Pengerusi Bersih 2, Marina Chin Abdullah berkemungkinan tidak mempertahankan kerusi Petaling Jaya kerana sebab-sebab tertentu.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker