Eksploitasi seksual, kerajaan sekat 400 laman web haram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat oleh kerajaan sehingga Ogos lalu dalam usaha menangani eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kementeriannya turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan bagi membendung jenayah tersebut.

“Kementerian bekerjasama rapat dengan PDRM khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11). Kita juga mengadakan forum melalui program-program media untuk memberi kesedaran terhadap kanak-kanak.

“(Bagaimanapun) kalau ditanya (kementerian) telah berpuas hati (dengan segala langkah telah diambil), kita belum puas hati selagi perkara ini tidak dapat dibanteras,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) sama ada KPWKM telah berpuas hati dalam pencapaiannya menangani eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak di media sosial.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker