Pesawat terhempas atas rumah, 3 orang terbunuh

DULUTH, MINNESOTA –  Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di atas sebuah sebuah rumah di negeri Minnesota tengah malam Sabtu lalu,  lapor stesen penyiaran NBC News kelmarin.

Dua penghuni kediaman itu bagaimanapun  berada dalam keadaan selamat.

Pesawat jenis Cessna 172 terhempas di tingkat dua sebuah rumah di Hermantown, kira-kira 25.7 kilometer  ke barat  bandar Duluth.  Kapal terbang itu kemudian jatuh di halaman belakang rumah tersebut, demikian menurut maklumat dikeluarkan pihak berkuasa bandar tersebut.

Kesemua mereka yang terbunuh ialah penumpang pesawat  yang dikenal pasti sebagai Alyssa Schmidt, 32  dan  Matthew Schmidt, 31 di samping juruterbang berusia 32 tahun, Tyler Fretland.

Pengarah Komunikasi Hermantown, Joe Wicklund berkata, pesawat berkenaan nyaris merempuh dua penghuni kediaman tersebut yang berada di tingkat dua pada hari kejadian.

Rakaman video menunjukkan terdapat lubang pada bahagian hadapan bumbung dengan serpihan pesawat bertebaran di atas rumput di sekeliling rumah serta sekurang-kurangya separuh daripada bahagian belakang kediaman itu musnah.

Pegawai yang memantau menara kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Duluth memaklumkan kepada polis Hermantown sejurus sebelum tengah malam Sabtu lalu bahawa mereka percaya sebuah pesawat ringan telah terhempas selepas ia hilang daripada  radar ketika berada sekitar 1.6 km hingga 2.4 km dari lapangan terbang.

Akhbar Duluth News Tribune melaporkan bahawa pasangan suami isteri yang merupakan penghuni rumah tersebut, Jason dan Crystal Hoffman, tersedar daripada tidur selepas mendengar bunyi letupan kuat.

“Pada awalnya saya menyangka ia adalah bunyi relau api meletup,” kata Jason.

Bagaimanapun selepas meninjau keadaan rumah menggunakan lampu suluh, Jason terkejut apabila melihat sebuah pesawat di sebelah katilnya lantas menyedari bahawa ia telah terhempas.

Pasangan itu dilaporkan berlari ke luar rumah apabila asap menjadi semakin tebal meskipun dilarang oleh jiran-jiran kerana terdapat talian elektrik di sekeliling kediaman itu.

Pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat nahas tersebut sambil menambah, punca kejadian masih belum dikenal pasti. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker