2 suspek serangan pisau di luar masjid di England diberkas

Atta tidak sedar dirinya bangun dan mencapai pisau untuk memotong zakarnya ketika sedang bermimpi.

LONDON – Polis menahan dua lelaki kerana disyaki membunuh dalam insiden serangan pisau di luar sebuah masjid di Coventry, England pada Ahad lalu, lapor akhbar Arab News, kelmarin.

Seorang lelaki berusia 56 tahun diberkas berhampiran lokasi kejadian, manakala suspek kedua berusia 27 tahun dan ditahan awal pagi kelmarin.

Polis Midlands Barat bertindak terhadap beberapa aduan mengenai pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki dengan ada antara mereka bersenjatakan pisau di luar Masjid Jamiah di bandar Coventry. Dua mangsa ditemui cedera dalam insiden tersebut.

Salah seorang daripada mangsa yang cedera iaitu ialah lelaki berusia 52 tahun. Dia  dilaporkan meninggal dunia beberapa jam kemudian akibat kecederaan yang dialami.



“Kami telah mendapat banyak kemajuan dalam  siasatan awal yang dilakukan, namun masih banyak usaha  perlu dilakukan untuk mengenal pasti semua individu yang terlibat dalam kejadian malam tadi (Ahad lalu).

“Pegawai kami telah bercakap dengan penduduk dan beberapa pemimpin masyarakat untuk menawarkan jaminan keselamatan, manakala rondaan di kawasan terbabit akan ditingkatkan,” kata Detektif Superintendan Shaun Edwards.

Satu kenyataan polis menyebut bahawa pihak berkuasa menganggap pembunuhan itu sebagai ‘insiden terpencil’ dan menolak kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pergolakan antara agama yang berlaku secara meluas di beberapa bandar sekitar Midlands sejak beberapa minggu lalu. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker