Tembakan liar di pameran kereta, 24 orang terbunuh termasuk kanak-kanak

DUMAS, ARKANSAS – Seorang maut dan enam kanak-kanak adalah antara 24 rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mangsa tembakan semasa pameran kereta tempatan dalam kejadian serangan di bandar Dumas, negeri Arkansas, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Seorang suspek kini ditahan, manakala Polis Negeri Arkansas sedang meneruskan pencarian untuk mengesan lebih ramai penembak.

Serangan rambang itu berlaku sekitar pukul 8.25 pagi (waktu tempatan), kata Polis Negeri Arkansas kepada akhbar The US Sun.

Polis dan Ejen Khas Bahagian Siasatan Jenayah telah dihantar ke tempat kejadian di acara pameran kereta Hood-Nic, demikian menurut kenyataan Pegawai Maklumat Awam Polis Negeri Arkansas, Bill Sadler.

Pengurusan Kecemasan Daerah Desha menyatakan, tembakan berlaku di tempat letak kereta Mad Butcher yang terletak di jalan US-165, berhampiran kawasan pameran.

Polis sedang meneliti kemungkinan terdapat berbilang penembak selepas menahan seorang suspek. Sejumlah mangsa dibawa ke Hospital Delta Memorial.

Pegawai Pejabat Pengurusan Kecemasan Daerah Desha juga memberitahu kepada stesen televisyen tempatan, KARK 4, terdapat dua insiden berasingan berlaku dengan kejadian pertama melibatkan adegan polis mengejar suspek yang berakhir dengan kemalangan kereta.

Insiden tembakan berlaku selepas itu. Dumas merupakan sebuah bandar yang terletak di Daerah Desha. Berdasarkan bancian setakat 2010, bandar itu mempunyai kira-kira 5,000 penduduk. – Agensi

Tembakan liar di pameran kereta, 24 orang terbunuh termasuk kanak-kanak

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker