Pelajar universiti lemas, terjatuh tasik ketika mendaki

Pelajar universiti lemas, terjatuh tasik ketika mendaki

JOHOR BAHRU: Seorang pendaki ditemui lemas selepas terjatuh di Tasik Tiga Beradik, Plentong di sini, ketika mendaki di kawasan itu bersama 40 rakannya, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saiful Bahri Safar berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Zarif Isyraf Zulkifli, 20, yang juga pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pasir Gudang.

Katanya, mayat mangsa ditemui pada pukul 12.55 tengah hari di kedalaman 3.5 meter dalam jarak sembilan meter dari lokasi terakhir mangsa.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat pencarian dan selaman dalam radius 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan.

“Mangsa telah dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Menurut Saiful Bahri, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 11.20 pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa dipercayai melakukan aktiviti mendaki bersama 40 orang rakannya.

“Mangsa dipercayai melakukan aktiviti mendaki di kawasan tersebut. Ketika hendak melintasi tasik dengan melalui tebing tasik, mangsa telah terjatuh.

“Rakan mangsa cuba membantu dengan menarik mangsa, namun kehabisan tenaga. Pegangan tangan mangsa telah terlepas dari pegangan tangan rakan mangsa hingga menyebabkan mangsa tenggelam ke dasar tasik,” kata Saiful Bahri lagi.-AA

Pelajar universiti lemas, terjatuh tasik ketika mendaki

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker