Penghantar rancang himpunan aman

PETALING JAYA: Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) merancang mengadakan perhimpunan secara aman dan melibatkan campur tangan pembangkang sekiranya tiada tindakan diambil untuk membela nasib golongan penghantar.

Presidennya, Zulhelmi Mansor berkata, perancangan tersebut dilihat mempunyai asas yang kukuh selepas pelbagai usaha dilakukan untuk memperjuangkan nasib golongan penghantar tetapi dipandang sepi oleh kerajaan.

“Kami rancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Sumber Manusia.



“Kami juga tidak teragak-agak untuk meminta campur tangan parti politik untuk terus mendesak kerajaan bagi membantu kami dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Ini kerana segala yang kami perjuangkan mempunyai asas kukuh seperti mana dalam lima resolusi tuntutan hak penghantar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini dilaporkan, kira-kira 80,000 pekerja penghantar atau rider mendakwa mereka terus ‘diabaikan’ kerana sehingga kini belum ada garis panduan dari segi perundangan berhubung pekerjaan mereka.

Ini kerana garis panduan, badan kawal selia dan undang-undang untuk melindungi penghantar tersebut penting bagi menjaga keselamatan, kebajikan dan keadilan pekerja penghantar yang semakin berkembang.



Pada 20 Ogos lepas, sidang meja bulat mengenai tuntutan hak penghantar Malaysia bergabung suara dan tindakan di bawah sebuah pasukan khas yang diselaraskan oleh Sekretariat Hal -Ehwal Pekerja Muda Pemuda UMNO memperjuangkan lima resolusi yang disepakati.

Resolusi itu merangkumi gesaan dan cadangan kepada kerajaan agar mengiktiraf status individu yang terbabit dalam industri E-Hailing dan P-Hailing sebagai pekerja dan dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 serta akta-akta berkaitan.

Selain itu, mencadangkan agar kerajaan dapat mewujudkan sebuah badan kawal selia yang boleh mengeluarkan pelbagai garis panduan, peraturan yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan serta penghantar.

Resolusi juga memperjuangkan, memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial buat penghantar dan mencadangkan kerajaan untuk memberi dan menyediakan bantuan khas kepada penghantar dalam Bajet 2022.



Seterusnya, mendesak penyedia perkhidmatan untuk memberi jaminan pekerjaan kepada penghantar-penghantar dengan menangguhkan sebarang penggantungan dan penamatan khidmat penghantar-penghantar dalam tempoh pendamik. – UTUSAN ONLINE

Penghantar rancang himpunan aman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ketepi perbezaan, fokus jayakan bajet Keluarga Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker