PRN Melaka: Sulaiman Ingatkan Calon Baharu BN Kerja Kuat Demi Rakyat

PRN Melaka: Sulaiman Ingatkan Calon Baharu BN Kerja Kuat Demi Rakyat

Semua calon baharu Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, diingatkan supaya bekerja kuat bagi membantu pakatan itu membentuk kerajaan.

Calon Ketua Menteri (KM) BN bagi pilihan raya itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata mereka harus turun padang bertemu pengundi, bagi memaklumkan segala usaha yang akan dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.


“Kita ada agenda dan ada banyak perkara yang mesti kita lakukan. Jadi semua calon-calon muka baharu ini diharap dapat turun ke bawah.

“Bekerjalah dengan baik dan ingat ada tugas yang sungguh mencabar apabila kita dapat membentuk kerajaan, kerana sebelum ini ada agenda yang sudah dalam pertimbangan tetapi tertangguh disebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya telah sepakat menetapkan 20 daripada 28 kerusi DUN Melaka ditandingi oleh UMNO, tujuh (MCA) dan satu (MIC).

Menurut Mohamad, BN mempertaruhkan 86 peratus calon muka baharu dan mengekalkan hanya empat penyandang iaitu Sulaiman, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Datuk Rahmad Mariman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Datuk Muhammad Jailani Khamis serta Datuk Zaidi Attan.

Pada majlis pengumuman calon BN itu juga, Mohamad turut mengumumkan Sulaiman sebagai calon ketua menteri, sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan.

“Ini adalah ‘poster boy’ kita yang akan menjadi Ketua Menteri selepas pilihan raya nanti, tapi kena menang dululah,” kata Mohamad.

Tarikh mengundi PRN Melaka ditetapkan pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka, ketika itu. – BERNAMA

PRN Melaka: Sulaiman Ingatkan Calon Baharu BN Kerja Kuat Demi Rakyat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker