Bahang PRU-15: Pegawai-pegawai menteri lantikan politik mula kosongkan pejabat

 

PUTRAJAYA – Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa apabila beberapa pegawai lantikan politik di kementerian bertindak mengosongkan bilik masing-masing bermula hari ini.

Tindakan itu dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.



Ketika dihubungi Sinar Harian, pegawai kepada seorang menteri memaklumkan, setakat ini beliau tidak menerima arahan untuk mengosongkan pejabat.

“Kita faham-faham sendiri. Esok (Khamis) saya kemas, insya-ALLAH,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai menteri lain turut berkongsi di media sosial mengenai beberapa keping gambar pejabatnya yang dikosongkan hari ini.

“Kemas dulu. Kami sukarela (kosongkan pejabat),” katanya.



Pengosongan pejabat lantikan politik merupakan perkara biasa menjelang pilihan raya ataupun peralihan kerajaan.

Sebelum ini pembangkang menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali pertama dibentang di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Pegawai-pegawai menteri lantikan politik mula kosongkan pejabat.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker