Pelancong Boleh Berpakaian Tapi Digalakkan Berbogel, Ini 5 Pantai Paling Berahi Di Dunia

Pelancong Boleh Berpakaian Tapi Digalakkan Berbogel, Ini 5 Pantai Paling Berahi Di Dunia

APABILA bercerita mengenai pantai, perkara yang terlintas di fikiran tentunya aktiviti perkelahan, berjemur serta berenang.

Tahukah anda, terdapat beberapa pantai di seluruh dunia yang menjadi tumpuan ramai kerana membenarkan pengunjungnya tampil tanpa seurat benang.

Perbuatan berbogel bukanlah satu perkara tabu di lokasi-lokasi itu, malah ia menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang mahu tampil dalam cara paling semula jadi.



Berikut merupakan lima pantai bogel yang terkenal di seluruh dunia yang disenaraikan oleh Hotels.com.

1. Cap d’Agde, Perancis

Cap d’Agde yang digelar “Bandar Telanjang” merupakan salah satu pusat peranginan tanpa pakaian terbesar di dunia. Semasa musim panas, ia biasanya menarik kira-kira 40,000 pengunjung.

Aktiviti makan-makan serta bersiar-siar dalam keadaan bogel merupakan satu kebiasaan di lokasi peranginan itu.

Pengunjung diberi pilihan untuk berpakaian atau berbogel di lokasi ini. Foto: Hotels.com.



Jika berada di lokasi itu, anda boleh memilih untuk memakai baju atau berbogel.

Jika mahukan sedikit privasi, pergi ke Plage de la Grande Conque, pantai gunung berapi dengan pasir hitam yang dikelilingi oleh dua tebing yang indah.

2. Platja des Cavallet, Sepanyol

Ibiza sememangnya terkenal sebagai pulau parti klasik Mediterranean, tetapi ia juga memenuhi keperluan mereka yang ingin berjemur di bawah sinar matahari tanpa seurat benang.

Terletak berhampiran titik paling selatan pulau itu, pelancong akan menemui Platja des Cavallet, pantai bogel yang sering menjadi perhatian ramai.



Apa yang paling penting, lokasi itu menawarkan panorama indah hamparan pasir putih sepanjang 1 kilometer (km) yang diliputi oleh air biru dan ombak yang bergelora.

3. Pantai Haulover, Florida, Amerika Syarikat

Setiap tahun, Pantai Haulover menarik lebih 1.3 juta pelawat, menjadikannya salah satu pantai bogel paling popular di Amerika Syarikat.

Pantai Haulover menarik kedatangan lebih sejuta pelancong. Foto: Hotels.com.

Pengunjung biasanya akan menyewa kerusi berjemur dan payung, serta berenang di bawah pengawasan penyelamat terlatih.

Setiap kali tibanya bulan Julai, Pantai Haulover akan menganjurkan perayaan Minggu Rekreasi Bogel Kebangsaan.

4. Red Beach, Greece

Pantai Merah atau Red Beach menjadi tarikan buat mereka yang mahu berjemur dalam keadaan bogel sambil menikmati kehidupan pulau tanpa orang ramai.

Pantai terpencil ini dinamakan sempena pasir berwarna karat dan ia hanya boleh diakses melalui pendakian selama 20 minit atau menaiki bot dari kampung Matala.

Platja des Cavallet merupakan salah satu detinasi terkenal di Sepanyol. Foto: Hotels. com.

Selain aktiviti berjemur, pelancong boleh menerokai gua purba. Lokasi ini turut dimeriahkan dengan sebuah bar kecil yang menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati pelbagai minuman menarik.

5. Praia do Pinho, Brazil

Praia do Pinho merupakan pantai di Brazil yang mana perbuatan berbogel adalah wajib. Praia do Pinho dianggap sebagai destinasi percutian bogel pertama negara itu.

Praia do Pinho juga digelar sebagai pantai bogel terbaik di Amerika Selatan. Jika berada di Brazil, anda perlu menaiki penerbangan sambungan dari Rio de Janeiro atau São Paulo ke Florianopolis untuk sampai ke pantai itu.

Pelancong Boleh Berpakaian Tapi Digalakkan Berbogel, Ini 5 Pantai Paling Berahi Di Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker