Pesakit mental baling pisau di restoran ditahan

 

KUALA LUMPUR – Polis telah menerima laporan berkaitan kejadian seorang lelaki disyaki pesakit mental ditangkap oleh orang awam kerana membaling pisau di sebuah restoran makanan segera di Taman Midah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 11.25 pagi.

“Kita telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan, siasatan awal mendapati suspek merupakan orang kurang upaya (OKU) terencat akal serta mempunyai kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Suspek juga sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur untuk sakit mentalnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zam Halim berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.

Pada Rabu, satu klip video berdurasi 18 saat dimuat naik oleh pemilik akaun aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian seorang lelaki ditangkap oleh orang awam kerana membaling pisau di restoran berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker