Pemandu maut dirempuh lori sendiri

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 65 tahun menemui ajal selepas dirempuh lori miliknya sendiri dalam kejadian di Damansara Perdana di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin berkata, dalam kejadian pada pukul 12.37 tengah hari itu, mangsa yang juga pemandu lori tersebut turun sebelum melihat kenderaan berat itu bergerak menuruni bukit.

“Mangsa mencuba masuk ke dalam lori untuk memberhentikan kenderaan itu, tetapi gagal malah dia dilanggar dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dekat sini.

Sehubungan itu, polis mengesan mana-mana saksi kejadian tersebut dan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580 bagi membantu siasatan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker