Serah Diri atau Ditahan Polis, Menteri Beri Amaran Penduduk Medan 88

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada penduduk Medan 88 di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang belum kembali ke kawasan itu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) Rabu lalu supaya menyerah diri atau akan ditahan polis.

Beliau berkata, mereka perlu kembali ke kawasan itu untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dalam usaha memutuskan rantaian wabak itu.

“Kami tidak kisah sama ada mereka lari atau takut hendak balik (kerana Medan 88 dikenakan PKPD), apa yang penting mereka ini menyerah diri dan kami akan tangkap mana-mana majikan yang bersubahat melarikan mereka.

“Selain itu, kami hendak mereka balik supaya penduduk di kawasan itu boleh membuat ujian saringan Covid-19 dan mengetahui status kesihatan mereka agar ia tidak menjangkiti orang lain,” katanya selepas menghadiri program Ruang Bicara Bernama TV malam tadi.

“Saya risau sekiranya mereka keluar dan pergi ke tempat lain, lalu menjangkiti orang lain dengan Covid-19, maka ia akan menjadi lebih sukar untuk memutuskan rantaian wabak ini. Jika ada daripada mereka yang telah balik, alhamdulillah, yang mana belum balik, jangan sampai kena tangkap.”

Pada 12 Okt lalu, Bernama melaporkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang meminta bantuan polis mengesan kira-kira 400 penduduk Medan 88 yang tidak pulang ke kediaman masing-masing, selepas mendapat maklumat kawasan itu dipasang kawat berduri bagi pelaksanaan PKPD.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan berkata, polis sedang mengesan individu yang melarikan diri.

Semalam, Bernama memetik Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin sebagai berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lokasi pekerja tidak pulang itu daripada majikan dan rakan sekerja mereka-FMT

Medan selera Tanjung Bungah P Pinang terbakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker