Noh Hujan meludah penonton? Pengurus kata tidak

 

AKSI Noh meludah di atas pentas mencetuskan perdebatan.

PETALING JAYA: Pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad menafikan dakwaan kononnya vokalisnya, Noh Salleh meludah ke arah penonton ketika membuat persembahan dalam sebuah festival muzik, kelmarin.

Jelas Ahmad Ariffin, jarak antara pentas dan penonton dipisahkan besi penghadang dan tidak mungkin ludah itu terkena penonton yang hadir.

“Sebenarnya Noh berhadapan isu teknikal apabila mikrofon yang dipegang mengalami masalah. Dia meletakkan mikrofon tersebut dekat mulut, sekali gus terkena sedikit renjatan elektrik.

“Jadi, wajahnya ketika itu dibasahi peluh dan air menyebabkan mulutnya kebas. Dia terpaksa meludah dari atas pentas untuk mengelakkan rasa sakit.



“Jarak antara penonton dan pentas agak jauh, jadi sukar untuk kena. Tetapi, kalau ada tempias ludah Noh, kami mohon maaf kerana itu tidak disengajakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Rakaman aksi ludah Noh dari atas pentas tular di media sosial dan mendapat kecaman warganet yang mempersoalkan kesihatan mental vokalis Hujan itu.

Malah, ada segelintir pihak yang meminta agar penyanyi Angin Kencang itu melakukan pemeriksaan air kencing selepas ramai yang khuatir dengan tindakannya itu.

Dalam pada itu, Ahmad Ariffin turut menjelaskan, keadaan dewan yang panas menyebabkan Noh berpeluh kuat sehingga rambutnya kelihatan seperti tidak terurus dan kusut masai.



“Kalau nak cakap Noh serabut itu, mungkin sebab kami sedang dalam persiapan Konsert Hujan Rumah Kita, November nanti. Tetapi, terima kasih kepada yang prihatin dan mohon doakan kami.

“Dengan lambakan konsert sekarang, kami sedang rancak memikirkan strategi penjualan konsert dan merencana supaya konsert itu berjalan lancar,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker