‘Doomsday Glacier’ Antartika bakal runtuh, ancam manusia

‘Doomsday Glacier’ Antartika bakal runtuh, ancam manusia

GLASIER Antartika sebesar Florida berdepan risiko runtuh kerana perubahan iklim dan akan mengakibatkan kenaikan paras laut global, menurut saintis Americam Geophysical Union pada Isnin lalu.

Penemuan ini berdasarkan imejan satelit baharu Glasier Thwaites, yang telah digelar ‘doomsday glacier’, yang menunjukkan percambahan retakan di seluruh permukaannya.

“Panjang ais timur berkemungkinan akan hancur menjadi ratusan gunung dan kemudianya semuanya akan runtuh tiba-tiba,” kata ahli glasiologi Oregon State University, Erin Pettit pada sidang berita video Isnin.

Para saintis telah memantau glasier, pencairan semasa yang menyumbang kepada kira-kira empat peratus kenaikan paras laut setiap tahu.

Bahagian timur yang bersempadan dengan gunung bawah air dan dianggap lebih stabil, tetapi imej satelit baharu mendedahkan bahawa keretakan telah berkembang yang membolehkan perairan lautan bertambah panas serta mempercepatkan proses kecairan.

Sekiranya bahagian timur glasier itu memberi laluan, ia akan mempercepatkan keruntuhan bahagian lain, kata Pettit, sambil menambah bahawa keruntuhan bahagian timur boleh berlaku dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“Memandangkan ia berstruktur, rak ais ini bertindak seperti empangan tetapi ia tidak akan terlalu lama, “kata Pettit.

Tindak balas berantai berikutan keruntuhan bahagian timur glasier boleh mengancam penduduk pantai di seluruh dunia.

Kebanyakan mereka mungkin tidak bersedia untuk lonjakan paras laut secara tiba-tiba, yang telah meningkat secara perlahan akibat perubahan iklim sejak awal Revolusi Perindustrian.

Menjelang 2100, NASA meramalkan, perubahan iklim akan menyebabkan laut meningkat dua hingga enam kaki, sebahagian besarnya disebabkan oleh pencairan ais di Antartika dan Greenland.

Walaupun ia mungkin mengambil masa berabad-abad untuk kesan penuh daripada keruntuhan keseluruhan Glasier Thwaites dapat dilihat tetapu data terkini dari Antartika tidak memberi saintis sebarang sebab untuk optimis.

“Setiap imej satelit baharu yang kami perolehi, kami melihat tulang patah yang lebih dalam dan lebih panjang.

Apa yang kita lihat sudah cukup untuk dibimbangkan,” kata Pettit. SM

‘Doomsday Glacier’ Antartika bakal runtuh, ancam manusia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker