Perdana Menteri setuju PRU-15 diadakan tahun ini – Mahdzir

Perdana Menteri setuju PRU-15 diadakan tahun ini – Mahdzir

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah menyatakan persetujuannya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada tahun ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, persetujuan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam pertemuan membabitkan lima kepimpinan tertinggi atau ‘Top 5’ UMNO semalam.

“Menerusi pertemuan semalam, kita berbincang mengenai perkara berkaitan pilihan raya umum, macam-macam isu dibangkitkan dari segi calonnya, duit, jentera dan macam-macamlah.

“Secara asasnya, Perdana Menteri juga sudah bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media melaporkan, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk mengadakan PRU-15 pada tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai persiapan UMNO bagi menghadapi PRU-15, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, persiapan parti kini mantap dan sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

Terdahulu, lima pemimpin tertinggi UMNO atau lebih dikenali ‘Top 5’ mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, diikuti mesyuarat MKT malam tadi.

Mereka terdiri daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Ismail Sabri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir. K Online

Perdana Menteri setuju PRU-15 diadakan tahun ini – Mahdzir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker