Datuk Seri putar alam

Datuk Seri putar alam

Shah Alam: Bekas pemilik kelab Kuantan FA dan Marcerra United bergelar Datuk Seri berdepan risiko dipenjarakan selepas didakwa dengan sengaja ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berjumlah lebih RM6 juta membabitkan 47 individu terdiri daripada bekas pemain dan pegawai pasukan Kuantan FA dan Marcerra United.

Peguam bela yang mewakili 47 individu terbabit, Fazreen Abu Bakar berkata, tindakan pelaksanaan melalui prosiding komital terhadap defendan itu diambil kerana pihak yang terbabit gagal dan cuai dalam mematuhi perintah mahkamah.



Menurutnya, penuntut sudah memberikan ruang yang cukup kepada Datuk Seri itu untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji secara damai.

Katanya, diakui sememangnya wujud perbincangan bersama Datuk Seri itu dengan kehadiran peguamnya selepas sidang media pertama diadakan pada 24 Februari 2021, namun sehingga Disember tahun lalu masih tiada penyelesaian dicapai.

Justeru, penuntut sudah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi dan memperoleh satu Penghakiman Ingkar Kehadiran pada 10 Mac lalu.

“Selepas penghakiman itu diserahkan kepada Datuk Seri berkenaan, beliau sudah membuat satu tawaran penyelesaian untuk membayar enam bulan gaji kepada semua bekas pemain dan pegawai kelab terbabit dan menjanjikan bayaran pada bulan Jun tahun ini,” katanya.



Jelasnya, selepas berakhir tempoh tiga bulan dijanjikan, tiada sebarang bayaran yang dibuat langsung setakat hari ini sekali gus menunjukkan Datuk Seri itu tidak menghormati arahan penghakiman yang sudah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Mac lalu.

Lantas, penuntut melalui peguam caranya mendapatkan kebenaran mahkamah pada 10 Ogos lalu untuk meneruskan tindakan perlaksanaan melalui prosiding pengkomitan ke atas defendan.

“Ada beberapa kaedah kita boleh lakukan bagi melaksanakan penghakiman yang diperoleh di mahkamah terhadap beliau.

“Tapi dalam kes ini, kami berpendapat bahawa wajar untuk penuntut melaksanakan penghakiman yang diperoleh ini melalui prosiding pengkomitan dengan mengambil kira tindak tanduk dan tingkah laku beliau yang seolah-olah tidak menghormati perintah mahkamah.



“Beliau sebenarnya sudah menerusi beberapa perjumpaan dan surat-menyurat menyatakan niat dan tujuan untuk membuat bayaran tetapi apa yang dijanjikan tidak pernah dipenuhi.

“Beliau berjanji untuk membayar pampasan selama enam bulan gaji bermula Mei lalu. Tetapi sehingga ke hari ini penuntut-penuntut yang sudah menunggu empat tahun masih belum menerima apa-apa bayaran daripada beliau.

“Jadi ini menunjukkan beliau dengan sengaja tidak membayar dan dilihat tidak menghormati penghakiman dan seolah-olah menghina perintah mahkamah,” katanya.Untuk rekod, pada 2021 lalu, seramai 47 bekas pemain dan pegawai Kuantan FA dan Marcerra United memfailkan tuntutan tunggakan gaji sejak 2018 lalu.

Berdasarkan fakta kes, bekas pemain Kuantan FA menuntut sejumlah RM3 juta, manakala bekas pegawai pula sebanyak RM1.2 juta.



Tuntutan sama turut dibuat bekas pemain dan pegawai Marcerra United dengan anggaran keseluruhan RM2 juta, untuk menjadikan nilai keseluruhan lebih RM6 juta yang perlu diselesaikan pengurusan kelab terbabit.

Sementara itu, seorang lagi peguam bela iaitu Suhail Rahimi berkata, pihaknya sudah mengikut segala prosedur undang-undang bagi menuntut keadilan kepada bekas pemain terbabit.

“Kita dah beri peluang dan ikut saluran betul. Masa telah diberikan kepada Datuk Seri untuk membela dirinya dengan memasukkan kehadiran di mahkamah dan seterusnya memfailkan pembelaan.

“Tindakan pengkomitan ini dilihat wajar kerana bekas pemain dan pegawai ini sudah terseksa lama disebabkan kegagalan mendapatkan tunggakan gaji mereka,” katanya. HM



Datuk Seri putar alam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker