Presiden BAM beri Zii Jia ‘restu’ jadi pemain profesional

Presiden BAM beri Zii Jia ‘restu’ jadi pemain profesional

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Norza Zakaria dikatakan bersetuju dengan keputusan Lee Zii Jia untuk bergerak sebagai pemain profesional.

Menurut catatan di instagram Lee, dia dan ibu bapanya mengadakan pertemuan dengan Norza yang memberikan ‘restu’ itu.

“Saya gembira isu dengan BAM itu kini selepas mendapat restu (Norza) untuk menjadi pemain profesional,” tulis Lee.

Ketika berita ini ditulis, adalah tidak pasti jika BAM telah secara rasmi membatalkan keputusannya untuk tidak mendaftarkan Lee dalam sebarang kejohanan antarabangsa selama dua tahun.

Semua kejohanan badminton utama adalah bawah anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Hanya pemain yang diiktiraf oleh badan badminton negara masing-masing boleh menyertai kejohanan tersebut.

Lee pada 11 Januari lalu, menghantar surat untuk keluar daripada BAM dengan alasan tidak dapat menahan tekanan dan gaya hidup yg tetapkan. Dia juga mahu memilih jurulatihnya sendiri, merancang jadual kejohanan sendiri dan memutuskan penajaan tetapi BAM tidak bersetuju dengannya.

Susulan, terdapat bantahan orang ramai terhadap layanan ke atas Lee walaupun ada sebilangan besar juga yang menyokong keputusan BAM, dengan alasan bahawa dengan menyerah akan menyaksikan ramai lagi pemain yang dilatih BAM sejak muda – melakukan perkara yang sama dan akan menyebabkan BAM kehilangan pendapatan penajanya.

Dalam catatan Instagram, Lee berkata, semua kejayaannya adalah hasil didikan BAM dan meluahkan penghargaannya kepada Norza.

“Buat masa ini, saya akan sertai Kejohanan Berpasukan Asia. Saya harap ini akan menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia dan peminat badminton.

“Tolong teruskan menyokong BAM dan juga pemain profesional negara yang turut dididik oleh BAM kerana akhirnya kita adalah satu,” kata Lee. Mk

Presiden BAM beri Zii Jia ‘restu’ jadi pemain profesional


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker