Anna Jobling sedih netizen hina paras rupa ibunya


Anna Jobling sedih netizen hina paras rupa ibunya

Pelakon Anna Jobling kesal terhadap segelintir netizen yang tergamak mempersenda dan meninggalkan komen buruk terhadap paras rupa ibunya sehingga ada yang menyamakan seperti ‘orang gaji’.

Anna berkata, ibunya tidak pernah mengganggu sesiapa dan berharap semua pihak dapat menghormati hati dan perasaan keluarganya.

“Kenapa perlu hina mak orang sampai begitu sekali. Boleh tak menghormati keluarga saya?

“Kalau ada masalah, beritahu saya, jangan babitkan mereka. Jangan ganggu keluarga saya sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun. Apa kalian akan rasa kalau ada seseorang kurang ajar dengan keluarga kalian pula?” katanya ketika ditemui selepas pementasan teater Madu Ku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, di sini, malam tadi.

Menurut Anna, walaupun ibunya kerap menjadi sasaran buli siber, namun dia bersyukur jantung hatinya itu kuat dan sentiasa berfikiran positif.

“Dia sangat kuat dan tak kisah apa orang nak cakap. Dia hanya memberi fokus penuh kepada saya. Jadi terpulang kepada orang luar nak buat apa.

“Sedih itu memang sudah semestinya sebab ibu saya tak ganggu orang. Mungkin sebab saya adalah figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa saja mengenai saya.

“Kenapa tak nak komen mengenai kerjaya saya je? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut. Mereka akan sentiasa bercakap,” katanya.

Dalam pada itu, Anna begitu tersentuh apabila peminatnya sentiasa menjadi tulang belakang dan memberikan kata-kaya semangat kepada dia dan ibunya.

“Peminat saya baik dan mereka kenal saya macam mana. Saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka,” katanya.

Teater Maduku Terpaling Kalut adalah sebuah teater yang berkonsepkan ‘farce comedy’ dengan sentuhan komedi yang diterbitkan oleh Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal.

Selain Anna Jobling, teater itu turut dijayakan Azrel Ismail, Puteri Sarah, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow. HM

Anna Jobling sedih netizen hina paras rupa ibunya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker